Saturday, April 21, 2012

Berlian karat =)


" Andai mencintai, cintailah sepenuh hati....."
Tapi aku hanya mencintai dasar dasar hati.. ..

Kepadamu yang aku cintai,
Untuk kesekian kalinya,
Aku hanya mampu mencinta dari dasar hati,
Masih lagi mencintai.

 mood: berlian karat..hahaha..=)

it.is.just.a.blog.
 -syazwanti saidur-

Tuesday, April 17, 2012

Dia bertanya...


Suatu masa dia bertanya...
Siapa dia?
Aku berkata sepatah dua...
Dia bukan siapa-siapa.
Dia makin bertanya...
Hendak tahu siapa....
Lantas aku berkata...
Benar dia bkn siapa-siapa kerana gelarannya bukan teman, bukan jua kawan sahaya.

Kalau saja kau tahu...
 Kau itu punya sesuatu...
Yang buat aku ragu...
Tentang siapa dirimu...
Sebenarnya aku sendiri hendak tahu,
Sayangnya aku juga bukan siapa-siapa untuk tahu semua itu.

p/s: aku sangat pening saat ini.


it.is.just.a.blog. 
-syazwanti saidur-

Sunday, April 15, 2012

evening heart;


kenapa mesti engkau saja yg tahu? kenapa aku tidak engkau beritahu? bila aku akan tahu? mestikah aku bertanya kepadamu tentang semua itu? untuk engkau beritahu pun aku tahu ia belum tentu, malah aku selamanya mungkin tidak akan tahu. ia hanya akan kekal begitu.benarkah begitu? -bukan kerana aku mahu, tetapi aku perlu.

it.is.just.a.blog. 
-syazwanti saidur-

take a break.


*tke a break from my work, jst to say this thing...crossed in my mind.

Penah ke rasa diri u sewajarnya buat pilihan yg lebih baik drpd apa yg u dah putuskan skrg???

Haa itu lah persoalannya hari ne. sesi luah saje2 namanya. hehe.

Tuh la ragam aku. bila kepala mahu, hati tolak. bila hati mahu, kepala pulak tolong tolak.

Penat sungguh main tolak2 ne. hahaha!

But recently, wa sgt terggangu dgn persoalan ne.

Bila ujian dah dtg, mahu menguji sekuat mana hati wa mampu menolak lagi...wa rasa mcm something yg sgt 'kuat' tlintas dlm kepala wa..

Tapi syg...wa x mampu korek fikiran wa...(yg ne siyes punya ayt).

Seolah2 wa tersangkut di tengah satu cerita. bkn sbg pemula, bkn jgak sbg pengakhir......

Itu shaja. entri wa kali ne pkai ayat 'sangkut', sama mcm mna wa tsangkut jugak. hehe..=)


- hanya.mampu.tersenyum.dalam.hati -

it.is.just.a.blog.
  -syazwanti saidur-

Wednesday, April 11, 2012

Tears in dream;

 
 Petang tadi wa tido sakan, kalah org pengsan.
Telajak tido, of coz lah...pasai tuh org tua2 kata x baek tido petang. hehe...
Wa tido smpai mimpi ala2 real tau..
org kataaaa....kalau kita mimpi pastuh kta gtau mimpi tuh dkt org yg berkenaan (dlm mimpi tuh), mimpi tuh akan cancel...
Haaa....ne aku mo try cket.

Mimpi aku ptg tadi buat aku sakit hati. Sakit hati dlm mimpi lah...
Cerita mula bila mama aku dtg Tawau...ada trip ar..tiba2 dia dtg tmpt aku mngajar tau..
Hati aku dah x keruan..ye lah family tiba2 dtg dr jauh..lepas rindu lah kan.
Aku cepat2 habiskan ngajar..pastu cari mama aku balik...
Tau2 dia dkt bandar..so aku pun gatal mo join..sbb lepas rindu tuh.
Aku pun mintak tumpang keta r pegi bandar ngn pacik ne..mmg dia nak g jumpa mama aku gak..
b4 tuh aku call mak aku dlu.tnya dia kt mna.
Tau2 bkn mak aku yg jwb..tp mamat kejen lak!
Buleh pulak dia kata.. (dlm mimpi lah...tp watak mmg real cazen)
"Eh...kami da cukup ramai da..pandai2 lah kau cna."
maksudnya: "Kau ne penyibuk lah..menyusahkan ja kau ikut kami..."

Aisemen..wa punya sakit ati dgr ayat tuh...sampai air mata wa kasi basah 1 muka wa tau...
Wa igt nangis tuh dlm mimpi saja...wa tbangun...mmg wa berair mata...nangis betul2. nasib wa tgh sendiri dlm bilik..kalau tidak, tak ke lain ngigaunya tuh. hahaha!

Ne bkn first time wa berair mata pas bgun dr tido...mimpi bab2 family mmg sgt touching bt diri wa.
Mimpi wa hari ne pun....mungkin sbb wa rindu tahap dewa dgn family.
Tapi wa masih buleh simpan dlm hati. Ne hah dpt tulis dlm belog wa yg setia jadi paparan hati.
Tengah menghitung hari lah ne...lepaking di umah. dlm setahun berapa hari je pun wa balik umah..since 2007. Korang yg mmg duk jauh xyah nak ungkit diri. wa tau lah lu org lagi kuat hati dr wa...
Wa bkn apa...Family Heart ckit..mcm kau tidak..hehe.
Sooo..tuh je lah tuk kali ne.

selamat bercuti sempena pertabalan Agong. 
Makmur Malaysia =)

it.is.just.a.blog.
 -syazwanti saidur-

Monday, April 2, 2012

Kadang-kadang perlu tutup mata.


 
 anak mickey dtg menjengah ne..=)
agak sibuk dgn aktiviti sekolah. mcm2 perlu setel dlm masa yg sama.
sedang cuba utk handle situasi seadanya, sebaiknya.
aku xtau lah...aku senteng ke hape..tapi aku rasa sangat rindu dengan family aku.
rindu yg sangat tidka terungkap. mahu saja aku pulang skrg.

masuk mood ckit;
 
Ada masa aku rasa aku tidak perlu berfikir, bukan kerna aku menolak kurnia akal;
Cuma ada tikanya aku rasa aku tidak mahu memahami, bukan kerna aku tidak menghargai kurnia hati;
Sekadar untuk aku buka ruang bagi diri aku sendiri.

Bila aku penat untuk peduli, aku tutup mata.
supaya aku leh masuk dunia yg wajar semula.
 love, me =)


it.is.just.a.blog. 
-syazwanti saidur-