Tuesday, November 17, 2009

Iklan RETORIK.

Sudah..sudah.sudah..hahaha..sudah lama aku merantau. hampir 2 tahun lebih.
Kini, mahu pulang setelah sekian lama di rantau orang.
Pulang ke tanah air~ pekan air, daerah air. mata air. fuuhh.

wakakaakakakaa!

(retorik)

~ xlama g buleh blk umah. (kejap lagi)

Jumpa budak2 sinting: FUN!
Cuti2 santai: BEST!
Biskut Batang buruk + Family: HEAVEN!
Suma pon heaven kalo balik rumah.



Monday, November 16, 2009

Dtg Dari Benak

Kadangkala untuk hidup tenang, aku mahukan kesibukan. Kadangkala untuk hidup tenang, aku mahukan masa untuk bersendiri. kdg2 berubah. kdg2 maintain. sebenarnya, masing-masing tahu mcmna untuk tenangkan diri daripada keadaan sekeliling. seperti kata golongan kami 'dari kitak jak bha tuh'.

Kadang2 bila aku fikir psal msa depan, aku sedar yg aku letakkan diri aku dlm kehidupan yg sgt 'realiti'. Bila fkir tentang itu, aku fkir tidak boleh. bila aku mahu buat sesuatu, aku fkir itu mengarut. bila aku mahu bgembira sgt, aku tfikir itu melampau. bila aku mahu bersendiri terus, aku fkir itu agak selfish. bila aku fkir psl org laen, aku fkir pulak ttg diri aku. Kdg2 tepat. kdg2 tersasar jauh. kekadang betul. tapi selalu jugak tersalah. aku cuma mahu apa yg berlaku sbgai sebuah kehidupan yg benar2 maujud. Jauh skali fkir psl impian. aku pun xtau apa impian aku melainkan...graduate-kerja-buat villa mama-buat taska-brkeluarga- dan menunggu 'kepergian'. mcm impian yg matang dan tdak seronok. tapi aku lega aku bfikiran begitu. kalau boleh, dtg satu impian, yg mana kalau aku tidak capai pun tdak apa...at least aku ada satu. tapi masih lega dgn apa yg aku ada skrg.

Sebab kita dilahirkan dgn takdir yg berlainan. engkau ada cerita engkau. aku ada cerita aku. Yg pastinya, untuk melihat kebahagiaan org laen, aku trasa ada kbahagian dlm diri aku.at least aku boleh tersenyum dgn apa yg mereka ada, dan apa yg aku ada. adil kan??

Anyway, coretan yg agak 'entah' ini...tiba2 dtg dari benak. jadi tulis saja. biar sebagai perhiasan, tapi yg jelas entry ne akan jadi isi kandungan blog aku. aku renungkan sendiri.

Friday, November 13, 2009

Muka surat ajaib......

Aku sgt tidak tau apa yg perlu ak type d cni. Bkn habes story. bkn jgak teda idea. (pdhl itue la sebabnya). Byk la mau tulis tp jd bgini. teda apa dtulis. kan..memang tue.

Knpa mlm ne pelik betul. aku duduk diam2. mcm byk betul dlm fkiran. pdhl teteda. aku blurr ne kali. sebab..air..? oo tidak. sgt bpikir mau pulang. anak mama mau pulang.

Sok ak brkeliaran d bandar Ta Alif Ta Alif Wau. Berrr'outing'an dgn sepasang merpati yg dilamun cinta. hahahaha. (kejap aku ne kena katuk). Mcm lama da x outing tp tiap kali jmpa bandar..aiihhh mcm besa betul ak tengok tempat hini. hihi.

Tinggal dua papers lagi..mcm pampers pulak aku eja. exam on 17 n 18. im waiting 4 da 18 deadly. wooo...!! sgt wimas fkir psl bilik. mls uda mo bkemas. memang penyakit. susah dbendung ne.

Mlm ne aku nmpak 1 ekor bintang. satu only. yg laen tido da. penat kali. hahahahaa. sebab tue la mktb hini gulita.

Oo..aku tengok movie hindi td. tajuk....rab rab something. lenguh ngafall.hahaaha..respon please...ermm...memang story cinta la. psl cmna cinta tue dtg. sorang jatuh cinta dgn pndangan ptma. sorg pulak..kesedaran dadah. hahahahah! bukan. dia tersedar dr lamunan hotak dia yg dok fkir sal kesedihan. jd dia nmpak cinta yg hepy, dia hengat itue la cinta dia. pdhl cinta dia already ada dlm kesedihan dia tue. btol ka ak ckp?? ko tengok lah sndri...

Lagiii...ak lmbt bgun pgi td. bukan pagi. petang. mcm selalu. tinggal tgu msa mkn petang. xdak da istilah lunch ne. fames g mkn petang. hahahahhaa.sempat g kidnap budak2 cumil bawak p tman prmainan. kejap jorr..sebab mlm bakal menjelang la katakan..

Tadi aku call my lil sis yg da besar pjg wlpun umo mc kecik tapi lebih pjg dan gebu dr aku of coz. AMBOI AYAT!! fenattt...sebabnya....ada lah benda aku tnya dia.sja untuk kepastian...for the first time aku seyes minta pndpt sorang adik kandung. hhaahahhaha. bahagia.

Ckp psl adik kndung aku thengat adik angkat. nsib baek angkat. kalau tiri. c.ap bapak aku nanti! hahahahaa. lma da xjmpa dia. tp kami akan brjmpa cuti ne. bab budak ne..dia sentiasa bhgia untuk aku. aku pon xfhm. aku layan jak la..smpai aku tau knpa aku penting untuk dia. dan dia memang sorang adik angkat yg sgt baik. 'tapi dia baik'-memetik kata-kata sorang pnceramah etika. wohohoho!

okay lah. pjg da mtlamat dan garis panduan yg aku tulis dlm perlembagaan kali ne. mencurah idea hasil drpd xdak ide. hahahaha. kesian ko terus membaca kannn....hhahahahhaahha..ajaib?....walla!


Lagi byk perkara, lagi byk memori, lagi meaningful hidup. =)


Thursday, November 12, 2009

teda words.


dia: kat mana anda

i : atas bumi laa.....

dia : owh..igtkan dlm kubur tadik. hehehe

i : xlma g masuk kubur ar.

tuut tuttt...(putus line lah tuh.)

~~ Okay; shabbash...menginsafkan? ...=) ~~
hahahaha..
hari yg borink.

Wednesday, November 11, 2009

Tuesday, November 10, 2009

ibarat coffee mix;


satu sudah lalu...
ada tiga lagi la lu....

bukan kira kaki balak.
kira paper exam lah mak...
he he.

Sometimes, agak bongek ngn wreless ney.
But; still glad mr.wreless mc hidup lg. wlpun kkdg mati. boleh pulak.
Rsanya better mr. w ne xdak time2 exam ne.
tengok ar..rajin tek tok tek tok lappy.
hupdate. jgn x hupdate. puuii...
Tp haku hupdate jugak kan....slh sapa? slh diri sendiri tuh.
hooo 'aku bersalah'!

hela bela diri: "aku belek jugak mr.book bha"


Paper 1st setel punya cerita. tadi...paper pagi..jm8.30.
haiyaa....
agak kabur ye pandangan hamba memandang paper awl pagi td.
sebab tidur yg ciput. adakah mata aku pndai2 tido jm5.30 pagi.
bukan study hard pun.
huiii..memang aky bengang betul dgn mata aku smlm.
ka..? slh otak yg tlmpau sarat muatan ilmunya. hahaha!
perasan.....!
tulun la jgn begitu lagik. xsanggup hamba tanggung derita xckup tidur. wakakaka!


Lusa paper 2nd. xtaw apa cerita. yg pastinya, tuh paper major aku.
hmm..u know..talk abt Malaysia...hala tuju..mrdeka and all that stuff.
Aku rsa mcm pernah dgr topik2 berkenaan sebelum ne.
tapi xlekat dlm kepala jugak..harus berfikir jwpn lagik utk dtulis dlm paper p.sosial.
hoo..msa jwb paper tadi..aku tiba2 lost and found. haha.
lupa apa itu sosial....sedgkan major aku.recall punya recall..hantam jak lah anggur.
memang btul la pekena fening rindu tidur. huuhuhu.
hope da next papers lebih easy....easy to tengok jak kut. haha. wey..jgn bha.
yg senang2 saja k. hihi.


Aku kemaruk.....
to go HOME.
Mahu pulang rumah dgn segera. mee segera pun x sesegera ini. cehh....
xsbar paper last. sabar. sabar.
TeRaSa aku PerLu FIx bAnYak HaL.
One thing is:
Aku betul2 rindu seseorang.
whats on earth?>>>> i miss my daddy.
little worry wlpun he's grown up man.
wif new job there.
yes, i kinda dislike this part.
BUT;
i really hope he's gonna b just fine.
Maybe it's quite funny to hear that...
but that's part of me.
I guess this is what they call as family girl.
i miss them a lot.

Jadi; cepat lah cuti tapi lambatkan lah habis cuti.
hahahahaha.

Dongggggggg; it means 1 message coming.
2 ringgit. from mama.
it's twice.thanks mama.
"kasihan anak mama"
hahahaha....i know u kinda worry.and u dont wanna show that.
i will survive for you, mom. really.

they will come to me and leave me.
But; i know u r not like them-money.
Heart to heart.

Oh! sangat lah bahagia.


Friday, November 6, 2009

H tolak ??


Kadang-kadang kalau x faham konsep, begini lah jadinya......

(1)
Ada la..satu kepala..penjenayah di timur..bukan payah pun tuk kenal muka dia. senang. asal ko tengok dia ko nampak garis lintang. kenapa? sebab ko xnampak garis lurus....wakakakaka!

**** adakah?? punya semangat membaca.......
mcm mo gantung diri siak cerita ne. ****



(2)
Dalam guruh berdentum...datang seekor unta dari gurun sahara. (mcm taw2 jak ne). Tiba-tiba2 guruh berhenti berdentum bila nampak seekor monyet melompat-lompat keluar dari tanah.....
soalan? kenapa monyet keluar dari tanah?

**** aku jawab la; sebab dia xkuar dari langit..itu pasal lah.
punya wrong konon answernya tuh. jwpnnya-sebab zaman sudah berubah.
monyet tinggal dlm tanah sudah. bukan atas pokok lagik.
ewahh! bukan main advanced lagik jwpn. H- lah lu. ****


(edited)


p/s:peduli apa konsep; ur mind is bigger than that.

.......Luahan perasaan........


Betul2 mau balik umah.
Betul. Tidak tipu.

Gara2 perasaan balik umah ne;
makan aku lalu, tido pun lalu (siang ya mlm x), study huii paling x lalu.
kihkihkih....

entah pa barang dlm kepala, nong.

Cek e.x.a.m dtg lagik..


** Apa2 pon...good luckz utk season exam kali ne. **

Tuesday, November 3, 2009

Home sweet Home


Dari smlm...smpai hr ne..tfikir going home. bukan tuk cuti nanti. rite now ne. this week. adakah.....! memang ngong..apa buleh buat..borink ma. hengat la cerita sem dulu2..memang pok blk umah. 3 hari pun aku caw jak..kalau thn2 hati blk umah nnti merana hotak. jdi balik. senang cerita. but rite now..kena hold on. EXAM. faham itu? aku cukup fhm. maksudnya aku boleh pulang lepas exam. wakakakakaa!

Tapi tue la..lepas exam, blk umah..pastue blk ip g. memang memeranakan jiwa. kena kuar semangat. kalau tidak aku pun da lma lari mcm ex-roomate sem1 aku dulu. kenapa la kau lari cek adek oi....sampai ati ko..sedey? a'a...baru sekarg sedey..loading tahap mampus. xpa..aku memang xlupa ko...sebab muncys mug engko mc hidup dgn aku. hahahaha. kalau da ada anak nanti, carik aku balik! bagi anak engko & anak aku jdi roomate. hengat....hahahahaha. bende..~~~

hooo..HOME SWEET HOME.

Aku rajin study kor ne ah...? pekena coffee mix juak ne.

Cukup trendy lah lu


Tengok puas2 pic tue.....!!!
kenal?? ko kenal??? aku pun xkenal......
(kesian aku xkenal...)

Aku bru kenal..haha..Dato Bernard...betul ke spelling...
He's in white...dan sbelahnya tue..his son..caya lu! he's only 15.
tekezot gila aku..aku hengat 20-an....hahahaha..
Bukan la mksud aku engko tua...cuma kurang pcya umur lu..hiihi...
hakikatnya..aku g tua banyak dari lu...

Wey....org 15 tahun ney.......
Good looking naa??
Nama dia..aku tarak hengat..haha.

Ne case bapak&anak trendy.
Baek ape....kan...




Monday, November 2, 2009

Syafia & Edy: Cinta angkat.

Tema: familia & cinta.

"Hmm..rsnya kita xpayah date begini," Sya bersuara dgn tiba-tiba.
Dengan penuh kehairanan Edy bertanya,"apa maksud awak? Awak jangan nak cari pasal dengan saya.Nanti saya juga yang kena marah dengan 'mama' awak tue!".
"Xpe Ed, Datin dah tau kita keluar sama. Cukup lah tue. Tak perlu date betul2."
"Ermm..OK. Awak yang kata cam tue." Edy berlalu dengan kereta BMW kesayangannya, meninggalkan Sya di Holiday Palace, sebuah tempat makan yang berlatarkan pemandangan pantai. Cukup indah dan sememangnya itu tempat kesukaan Sya. Sya selalu berhajat untuk meluangkan masa bersama kekasih hati di tempat kesukaannya itu....tapi belum pernah kesampaian. Malam itu, Sya menghabiskan masa melepak di situ...duduk di kerusi yang sama, menatap pemandangan yang sama. sambil berfikir tentang hidupnya yang akan datang......."perlu ke aku buat semua ni?" fikir hati kecilnya.
Tiba-tiba seorang budak lelaki datang ke arah Sya...."Sis...here..your sweater."..
Ini kali ketiga Sya mendapat sweater sebegitu. Tapi Sya hanya membiarkan......disangkanya memang policy tempat itu.(walaupun agak mengarut dalam fikiran Sya.)

...........................................................................

"Mama xkisah! Edy kena juga keluar dengan Sya! Jangan lupa jemput Sya untuk makan malam nanti!" Datin Arfah berkeras dengan anaknya.
"Mama.....please Mama. You know me, right???? She's not my taste!" Edy menjawab.
"Who cares about your taste, huh! Just do it. She is your future wife, son. Be well with her. Susah sangat ke permintaan Mama ne, sayang. Mama dah terlanjur sayangkan Sya macam anak mama sendiri."
Edy semakin bengang dengan penjelasan mamanya itu. "But Mama, please understand me. I don't like her at all!"
"Then get to know each other, 'little boy'!!!" Datin Arfah semakin marah dengan perangai anaknya itu.
"Mama...mama...please mama. I beg you this time. Please mama........" Edy cuba merayu supaya mamanya berlembut hati. Datin Arfah sibuk mencuba subang-subang yang baru dibelinya tadi. Hendak dipakai ke majlis makan malam di rumah kawannya malam nanti.
"Edy, memang Mama boleh pertimbangkan pasal hubungan Edy dengan Sya. Itu pun kalau Edy ada calon yang lebih baik daripada Sya. Rasanya kita dah cukup jelas pasal hal ni sayang." Faham anakku???? Datin Arfah cuba berseloroh...tpi muka Edy semakin masam.

"Daddy............," Edy cuba meminta belas kasihan ayahnya. "Im sorry, son. Im totally agree with your mom. come on! she's not bad at all. She's the bestiest for you. Believe me."...Datuk Ardi menjawab sambil tersenyum sengih.
"Oh God!....wooooo..woooo....im dead!!!!" Edy mengalah dengan penuh perasaan menyampah.

Edy sebenarnya sudah faham kehendak mama dan ayahnya. sudah berkali-kali perbincangan seperti ini berlaku tapi hasilnya............Edy juga yang mengalah. Mengenangkan tiap date dengan Sya yang seperti dungu dan asyik membatukan diri, dia semakin menyampah.
Bentak hatinya, "Apa?? hengat aku hendak sangat tengok muka engkau?? Pompuan tak malu. tak sedar diri!! Baik sangat lah tue xnak date dengan aku semalam..aku lagi x hengen!!!"

...........................................................................

Awal pagi lagi Edy sudah bersiap ke office. Tapi hari ni Edy nampak lebih moody daripada biasa.
"Sape budak pompuan tue nak jadi isteri aku??? zaman apa ne??? Kenapa aku pulak yang kena kahwin dengan dia??? Eisshhhhhhh...!!! bangang betul la pompuan tue!!" Edy mengomel sambil berjalan menuju ke pejabatnya.
"Apesal lembab sangat lif ni!!!" Edy melepaskan geram pada lif pulak. "Naik tangga lagi lembab bos..." perli Sya.
Edy menoleh ke belakang sejurus selepas keluar daripada lif. Naik muak Edy melihat 'bakal isterinya' itu. "Awak xpayah nak......" belum sempat Edy menghabiskan ayatnya, Sya terus bersuara...
"Pagi ni meeting dengan lembaga pengarah jam 9 pagi, lepas tue, bos kena interview 3 orang 'kuli' baru untuk bos, then jangan lupa tengahari nanti ada lunch dengan klien dari Seberang pasal projek 3D Buliding......dan...ohh! don't miss your janji dengan awek cun untuk game gokart bos petang ni jam5 ok. Im done, boss!"
Panjang lebar Sya menerangkan schedules Edy untuk hari itu tanpa menghiraukan jelingan Edy dan mimik mukanya yang penuh dengan kemarahan pada Sya.
"Eh! awak pergi berambus arrr!!" tengking Edy kepada Sya di hadapan staffnya.
Dengan muka selamba Sya berlalu. tetapi perasaan Sya saat itu cuma Dia yang tahu...rasa seperti ingin..........."ahhhh...aku dah lali dengan dia."

Sya kembali ke mejanya...tertera di atas mejanya 'secretary'.....dengus hati kecilnya.."husshhhh....kenapa la aku keja sini. hari2 tengok muka dia. aku juga yang makan hati. Mak............kenapa mesti begini?"
"Wey! meja you ni xreti nak kemas ke??? Dah r kaki ngigau.kaki semak pulak!" bentak Edy dengan tiba-tiba.
"Ehh, bila pulak mamat ni keluar dari office dia? aku mengelamun jauh ke tadi?...apesal pulak sebut sal ngigau ni..aku tido sebilik dengan die ke?" Sya sempat berfikir......."saja la ni nak cari gaduh, nak lepas marah kat aku."
"Begini la Encik Mohd Edy Erfan bin Datuk Ardi, nanti saya kemas elok-elok ye." seolah-olah menunjukkan protes kecil.
"Nanti?? bila? bila awk dah tua kerepot??" Edy meneruskan barannya.
"Bagus juga idea bos tu.....dah tua kang baru saya kemas. Sekarang saya nak buat kerja lain ye." Sya menjawab dengan penuh geram sampai aura mukanya yang manis jadi kelat dalam perbualan itu.
Dia tahu Edy sengaja cari pasal dengannya...xlogik Edy kata meja dia xkemas. semua tersusun rapi. "Bila masa pulak meja aku ni xkemas..buta la tue!" dengusnya.
"Kenapa?? sakit hati ke? kalau tak suka keja sini, resign je lah. apa susah...!" Edy mengungkapkan cadangannya itu untuk yang ke-(entah keberapa kali).
"Encik, saya ni cari makan, kalau kerja saya x bagus, pecat je lah. apa susah...!" Sya membalas balik.
"Whai cik yang perasan cantik, kalau bukan sebab mama, jangan harap awak masih ada kat sini tau!" jelas Edy.
"Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu bos? kalau xde saya nak buat kerja saya." Sya cuba untuk memberhentikan pertikaian mereka. Sya cukup sabar dengan perangai Edy selama 6 bulan berkerja dengannya sebagai setiausaha.
Amat memeritkan jiwanyan untuk berhadapan dengan orang yang membenci dirinya. Apatah lagi hendak menerima hakikat bahawa insan yang membencinya itu dipaksa berkahwin dengannya.
Bukan itu kemahuannya. Tetapi Sya tidak pernah mengungkapkan perasaannya terhadap Edy..apakah Sya cinta Edy, sayang, suka atau benci? Hakikatnya...Sya hanya menurut amanat arwah ibunya tapi dia sendiri tidak tahu mengapa amanat itu begitu.
Hendak mengadu...tiada siapa yang sudi. Dia tiada siapa lagi di dunia ini. Namun terlintas di hatinya akan Datin Arfah yang sentiasa ambil berat tentang dirinya. Entah apa sebabnya. Sampai dia dijadikan menantu pilihan walaupun Edy berkeras tidak mempersetujui.
Sya sangat bingung tapi dia hanya mampu berdiam diri dan hanya ingin menurut ketentuan takdirnya.

"Hey! mama suruh awak ikut saya balik nanti...jgn lari pulak." jerit Edy dari officenya..menghentikan lamunan Sya. Dalam fikirannya.."pasal mama sanggup tolak janji dengan awek cun...takut lah tue".

.............................................................................

"Mak....Sya sayang Mak....men...gucap....mak....." ucap Sya dengan air mata yang berlinangan..kata-kata Sya tersekat-sekat, cuba menahan sebak...
"Sya....mak nak Sya janji satu perkara dengan mak...jodoh Sya...........Mohd...E...dy Erfan." kata-kata Datin Aina terhenti di situ. Semenjak pemergian Datin Aina, Sya hanya mendiamkan diri.

"Sya...saya Datin Arfah. Mari sayang....." panggil seorang perempuan dalam lingkungan umur 40-an....Sya tidak berganjak dari pusara ibunya. Dia tidak memperdulikan Datin Arfah sebaliknya terus mengalirkan air mata kerana kehilangan ibunya yang tercinta.
Sya belum dapat menerima pemergian ibunya. setiap detik dia mengingati ibunya. sehinggalah kata-kata Datin Arfah menusuk ke hati Sya.....
"Sayang, ini mama....." suara itu mengejutkan Sya. Sya menoleh ke arah suara itu...masih lagi perempuan yang sama. Sya masih berdiam.
"Mulai hari ini, mama akan jaga kamu......saya kawan baik ibu kamu. dan saya adalah penjaga yang sah untuk kamu," jelas Datin Arfah.

"Sudah 5 tahun aku hidup begini. aku dah 23 tahun. tapi aku masih xtau ape yang aku perlu tau. perlu ke aku bertanya dengan mama?" fikiran Sya merawang. Memikirkan tentang hal yang sebenarnya. Selama 5 tahun hidup dengan keluarga Datin Arfah, Sya cukup menjaga diri sebagai seorang anak angkat sahaja.
Biarpun Sya dan Edy adalah adik beradik angkat, mereka tidak pernah bermesra seperti adik beradik, apatah lagi handak memanggil kata sapaan 'adik' dan 'abang'. Sekilas pandang pasti masyarakat tidak percaya mereka adalah adik beradik angkat yang tinggal sebumbung.
Sejak Sya datang ke Villa bangsawan itu...Edy sememangnya tidak menyukai Sya. Edy menganggap Sya sebagai pengacau keluarganya. 3 tahun Sya dan Edy berpisah kerana masing-masing melanjutkan perlajaran di luar negara.

"Sya..makan banyak sikit. badan macam orang xcukup makan...." tegur Datin Arfah. Sya hanya tersenyum nipis.
"Sayang........" Datin Arfah menyiku suaminya yang duduk di sebelahnya. "Ape? tengah makan ni." jawab Datuk Ardi.
"Kelihatan mama seperti hendak menyampaikan sesuatu kepada daddy. Tetapi daddy pulak sibuk mengabiskan makan malamnya," Sya cuba meneka di dalam hati.
"Sedap mama masak kan daddy?" tiba-tiba Sya bersuara. Datin Arfah terdiam. Edy pulak seperti biasa buat tidak tahu.
"Tue la mama kamu ni Sya, daddy tengah sibuk makan...dia sibuk menyiku kite pulak." Datuk Ardi memperli.
"Amboi! sepatutnya anak-anak kite ni yang berselera makan masakan saya...dorang dah lama xmakan masakan rumah. tengok tue, sampai kurus dah. entah apa yang dorang makan...xcukup makanan ke kat sana??" bebel Datin Arfah yang sibuk meletakkan lauk-pauk di pinggan Sya dan Edy.
"Ye la, sayang anak je la. saya ni xsayang pun xpe. saya boleh ambik lauk sendiri, kan??" usik Datuk Ardi, cuba menyindir isterinya.
"Tau pulak awak ye." jawab Datin Arfah.
Datuk Ardi hanya tersenyum........Sya dan Edy turut tersenyum. Baru saat itu Sya merasakan dirinya dalam sebuah keluarga selepas pemergian ibunya.

Datin Arfah menyiku suaminya semula.......kali ini Edy bersuara. "Mama dan daddy ni kenape??" ada hal cakap je lah."
"Daddy habiskan nasi dulu ye," jawab Datuk Ardi dengan selamba. Datin Arfah menjeling tajam ke arah Datuk Ardi. Datuk Ardi lantas berhenti makan. Dalam hati dia berkata, "Oh, God. I hate to do this."
"Hmmmm.....anak-anak daddy dah kenyang ke?" tanya Datuk Ardi kepada Sya dan Edy. Sya dan Edy saling berpandangan kehairanan. Edy sempat menjawab, "daddy cakap je lah. kami dengar ni."
"Ok. hmmm....." Datuk Ardi masih tidak yakin untuk bercakap.
"It's ok daddy. just tell us." Sya mengucap lembut kepada daddynya, menampakkan kesopanan dan kemanisan raut wajahnya.
"We have decided that both of you are going to be husband and wife! Fullstop!!!" tegas Datuk Ardi dengan tiba-tiba.
"What!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Edy dan Sya dengan serentak.

"Apa pulak kali ni, ya Allah?...." bisik hati Sya. Tidak pernah terdetik hati Sya untuk memikirkan soal itu.
"No doubt! no questions! just follow the order. understood..?" jelas Datin Arfah kepada dua orang anaknya itu.
"But...but....." Edy tidak terkata.


.................................................................................


Memikirkan soal yang tidak jelas, Sya semakin teringin untuk mengetahui hal yang sebenarnya........

"Hey....! apa lagi..cepat lah masuk!" jerit Edy meminta Sya masuk ke dalam keretanya. "Isshhh..xreti cakap baik2 ke jantan sekor ni..!" Sya mengomel dengan nada yang rendah.

"Kite kena buat sesuatu. Kite suke antara satu sama lain......Sya memandang Edy dengan sepantas kilat! "suke?"...Edy lantas memperbetulkan ayatnya. "Kte tak suke antara satu sama lain lah! so, kite pakat buat mama dan daddy ubah keputusan dorang yang tak munasabah langsung tue!" Edy menyuarakan hasrat hatinya yang lama terpendam.
"Kan senang....awak cari je calon isteri awak sendiri" jawab Sya sambil memandang ke arah laut. pemandangan yang cukup disukainya. Dalam hatinya terdetik juga kenapa Edy buat 'meeting penting' di tempat kesukaannya, Holida Palace.
"Hoi...i cakap dengan Britney Spears ke ni? xreti bahasa kebangsaan?" perli Edy.
"Aduhhhh.....mangkuk....." tiba-tiba Sya bersuara dengan nada kesakitan.
"Aisshhhh! die ni mengada-ngada betul lah!" Edy lantas mendekati Sya dan memegang dagu Sya. Dilihatnya........air mata adik angkatnya itu mengalir perlahan di pipi. "paku......" bisik Edy kepada dirinya sendiri.
Edy melepaskan tangannya dari muka Sya. Lalu dia cuba mencabut paku dari tapak kaki Sya. Sya tidak bersuara...tetapi cukup jelas dia menahan kesakitan itu. Sya berpaut pada Edy dan menggenggam lengan Edy sekuat-kuat hatinya kerana menahan kesakitan.

Kaki kanan Sya berbalut. Doktor sudah merawat Sya. Apa yang menghairankan......
"Mari abang tolong......." Sya tersentak. Lelaki itu tiba-tiba ber'abang' dengannya..seperti sangat ikhlas menolong dirinya masuk ke dalam kereta BMW kesayangan Edy. Boleh dibilang berapa kali Sya naik kereta mewah Edy. Itu pun sebab terpaksa.
Tapi Sya hanya menurut.......dalam hatinya berkata, "bukannya teruk sangat pun. Mamat ni asal aku sakit je mula r datang baik die ni...rosak lah otak die ni."

Sampai di rumah....Edy mendukung Sya keluar dari kereta sehingga ke biliknya. Datin Arfah dan Datuk Ardi masih belum pulang. "Mak Ti, bawakan air ke bilik Sya ye." pinta Edy sambil menuju ke bilik Sya. Sya pulak......terdiam seribu bahasa.
"Awak kena rasuk ke? " tanya Sya dengan tiba-tiba. "Awak jangan nak mula. dalam bilik ni kite berdua je." Edy cuba mengugut. Sya terus terdiam.
"Mak Ti..tolong call daddy and mama, please. Bagitau dorang Sya cedera." Mak Ti hanya mengangguk dengan leretan senyuman sumbing seolah-olah memikirkan sesuatu di antara Edy dan Sya.
Sya sedar akan usikan Mak Ti....pembantu rumah mereka yang menjadi teman bual Sya bila kesunyian di rumah. "Mak Ti....xda apa2 lah!" Sya cuba menjelaskan seolah-olah dia faham akan apa yang Mak Ti fikirkan.
"Apa?????" bentak Edy. "Dah pulak....datang dah hantu Edy ni tetibe nak marah." bisik hati Sya.
"Baru je tadi baik sangat dengan aku...dah pulak bertukar cara. aku lagi suka yang 'baik' tadi." Sya tersenyum dalam hati...

"Sya!.....Edy..." terdengar dari jauh suara mama memanggil.
"Sya kenape, sayang?"tanya Datin Arfah.
"Hmmm.......(Sya berfikir jawapan untuk mamanya)...Sya terrr...."
"Edy pijak kaki Sya, ma." jawab Edy sambil tersenyum puas.
"Haaaa!" Datin Arfah dan Datin Ardi kehairanan mendengar jawapan anaknya itu. Sya pulak ketawa kecil.......
"Tak lah mama. Sya terpijak paku tadi....xteruk sangat pun," kata Sya menjelaskan perkaran yang sebenarnya.
"Laaa....tue la..lain kali baik2 sikit. Budak Edy ni pun satu..apesal xjaga Sya baik2....bla bla bla bla bla...." Datin Arfah membebel lagi. Belum habis Datin Arfah mmbebel, Edy menyampuk..."Ma..Edy mandi dulu ye."....Datin Arfah cuma mengiyakan.

Selepas Edy beredar...Datin Arfah dan Datuk Ardi saling berpandangan...seperti ada sesuatu yang xkena. Sya perasan keadaan itu.
"Ma...Ddy...kenape ni...Sya tau ade sesuatu ni..." Sya cuba mendapatkan kepastian.

"Ops..aku lupa pulak.....(terfikir hendak memberi ubat kepada Sya)...bagi dulu lah..baru mandi..." fikir Edy. Edy menguak pintu bilik Sya.......

"Sayang..mama dan daddy dah setuju nak wariskan sebahagian harta keluarga ni kepada Sya....(Edy tersentak)...Mama dan Daddy dah failkan wasiat tue tadi...Genap setahun Sya bekerja di syarikat daddy, semua harta tue akan jadi milik Sya dengan sah. Mama inform awal sebab xnak Sya terkejut.
Edy pun dapat bahagian yang sama. Mama xnak wasiat mama dibaca selepas pemergian mama dan daddy.......macam mak Sya."

Edy agak terkejut mendengar........tapi terus berada di pintu bilik Sya tanpa disedari oleh mereka.

"Mama...Daddy....Sya nak cakap sesuatu...dan Sya rasa ni penting sangat buat Sya dan Edy.."....Edy seperti terasa sesuatu. terasa ingin mendekati Sya dan mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Sya tentang dirinya.
Sya menyambung....."Sya sayangkan Edy ma (Edy tergamam).....dan Sya xnak kehilangan Edy biarpun sebagai abang..." Sya meluahkan perasaannya buat pertama kalinya...

"What...? Kenape die xbagitau aku...aku xpernah rasa yg die suke kat aku pun." bisik Edy dengan dirinya sendiri.
Fikiran Edy semakin rancak berfikir....."Syaaaaaaaaaaaaaaa...................selama ni aku ingat dia cuma nakkan harta......ishh..tapi xmungkin lah dia suke aku. tapi....die xpernah pun lepas marah kat aku..sebab tue ke???"

"Ma....Sya betul xnak apa2 daripada mama dan daddy. Sya cuma nak hidup dalam keluarga ni. Sya hormat hak Edy...die lebih berhak daripada Sya. Sya xnak Edy fikir yang bukan2 pasal Sya...Sya xnak Edy benci Sya...
Sya tau mama dan daddy sayang Sya macam anak sendiri....tapi cuma Edy yang layak ma. Biarpun Sya menumpang kasih...tapi Sya xsanggup nak rebut kebahagiaan Edy.
Kehadiran Sya buat pertama kalinya di sini sudah cukup melukakan hati Edy. Sya masih ingat dengan jelas pandangan Edy masa tue, ma...die betul2 benci Sya.
Tapi Sya.......dah terlanjur sayang dengan anak mama sebab Sya cuma kenal die sorang je sebagai teman dalam hidup Sya. Biarpun die benci Sya...tapi die jaga Sya...mungkin sebab mama yang suruh...tapi Sya hargai sangat2....
Sya tau Edy xjahat seperti ape yg die tunjukkan pada Sya...Edy cuma xboleh terima kehadiran Sya...."

Datin Arfa dan Datuk Ardi hanya mendiamkan diri...mendengar dengan tekun keluhan anak perempuan mereka........

"Dan satu lagi....Sya pinta sangat2 ma...xpyh lah paksa Edy kahwin dengan Sya. Selama ni pun, Edy terpaksa buat2 date dengan Sya. Die x tipu mama dan daddy...Die memang xsuke Sya. Sya xnak disebabkan ni, Sya kehilangan mama, daddy dan Edy..
Sya sayang Edy ma.........memang Sya sayang die...sebab tue Sya xmenolak permintaan mama dan daddy....mungkin itu yang terbaik untuk Sya sepertimana yang arwah mak kata....jodoh Sya......." Sya mengalirkan air mata.......

"Ya Allah...................apa yang aku buat ni...aku buat diri aku benci dengan orang yg aku sayang dan menyayangi aku..." Edy berbisik sendiri sambil menekup muka dengan telapak tangannya.
Tanpa sedar Edy bersandar pada pintu bilik Sya.....lalu pintu terbuka dengan luasnya...pandangan Sya, Datin Arfah dan Datuk Ardi beralih ke arah Edy.

"ooo..hai...Edy xsengaja bersandar....sebab tue la pintu ni....errrrr..." Edy cuba memberi alasan.
"Kenape mata berair......" tanya Datuk Ardi..."Ermmm....xda laa..terhantuk pintu lah daddy........Edy cuma....cuma...."
"Masuk lah....takkan nak bagi alasan sampai lusa kot..." perli Datin Arfah.
"Rasanya dah sampai masa......." kata Datu Ardi perlahan. Datin Arfa hanya menggangguk.


Lipatan surat dibuka perlahan.......

"Sayang, mak tak berniat menipu Sya. Ya...darah kita tak sama...sebab mak tak melahirkan Sya. Mak melahirkan seorang anak lelaki. Tapi bukan mak yang jaga dia. Mak jaga Sya.....sepatutnya mak ceritakan hal yang sebenarnya pada Sya...tapi mak takut mak tak sempat. Sebab tue surat ni ada.....Sya....ibu kandung Sya, Datin Arfah. Ibu kandung Edy adalah mak. Mama menyimpan niat untuk menjodohkan Sya dengan Edy sebab mama yakin Sya adalah yg terbaik untuk anak kandung mama, Edy. Mak minta maaf Sya......."


"Tapi kenape ma????? kenape Sya dan Edy perlu bertukar tempat." Sya semakin bingung. Air matanya mengalir laju.....seakan tidak percaya...semakin bingung.
"Sebab daddy......." Datuk Ardi menjawab dengan nada yang perlahan. "Daddy sangat mahukan anak lelaki...cerita keluarga. Masa tue syarikat perlukan waris yg sah........"
"Wait..wait! sebab urusan bisnes?? it's about bussiness??? and......anak2 pulak...." Sya mula meninggikan suara........
Sya lantas mencapai kunci kereta dalam keadaan yang terinjut-injut....dan beredar dari villa ibu bapa kandungnya.

..............................................................................................................

"Apa semua ni........mak, kenape mesti begini, mak...? soalan yang sama daripada hati kecil Sya apabila dia berasa sebak.
Sya hanya mampu menangis....tidak tertahan segala perasaan yang selama ini terpendam. Jauh dari sudut hatinya perkara begini akan berlaku..

"Cik...terpijak paku lagi ke?...tegur satu suara dari belakang Sya. Sya terus menangis.......langsung tidak memperdulikan suara itu.

Edy cuba mendekati Sya......hendak berlawak pun tidak ada gunanya....bisik hati kecil Edy. Edy lantas duduk di sebelah Sya...di tempat kesukaan Sya..di meja yang sama tempat Sya duduk apabila bertandang ke Holiday Palace.

"Mama dan daddy x sengaja sayang......" ucap Edy perlahan...Sya masih menangis.......
"Saya dah lama tau hal ni....Saya tau yg saya bukan anak kandung mama.
Sebab tue saya xmampu nak tolak permintaan mama.......tapi saya xtau mak Sya adalah ibu kandung saya sampai lah masa mak tengah nazak..
Saya cuma sempat menatap wajah die sekejap sebagai ibu kandung saya. Tapi saya pun xtau yg Sya adalah anak kandung mama dan daddy.
Tapi yg pastinya awak mama kata Sya bukan adik kandung Edy. Mama cuma bagitau yang Sya akan tinggal sekali dengan Edy" jelas Edy........

Sya terkedu mendengar penjelasan Edy.........."kenape sya langsung xtau pasal awak...." tanya Sya.
"Sebab awak xambik tau..." jawab Edy.
"Awak xsedih?" tanya Sya lagi.
"Pasal saya bukan anak kandung? dan saya xsempat jumpa dengan mak? atau sebab mak pergi?" tanya Edy kembali.
Sya memandang tepat ke arah Edy........"awak ni siapa sebenarnya......" Sya cuma meleraikan kebingungannya.

"Saya Mohd Edy Erfan bin Datuk Harish. saya ber'bin'kan ayah awak tau...ohh...ayah saya lah. bukan ayah awak...." Edy seperti kebingungan.
"Dan saya? " tanya Sya.
"Awak?.............kambing....usik Edy. Sya tersenyum........
"Awak Nur Syafia Binti Datuk Ardi. Awak adalah anak kepada bangsawan yang berjaya..mempunyai bisnes yang maju, berharta dan mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang...itulah mama dan daddy.
Kita bertukar dunia sebab urusan warisan harta keluarga. Mama dan daddy perlukan saya.....dan mak setuju untuk pelihara Sya sebab mama adalah kawan baik mak @ adik angkat mak.
Dan kalau Sya nak tau, mak dan mama juga adalah adik beradik angkat. Mak terhutang budi dengan keluarga mama.Tapi kite xtau sebab dorang dah rancang semua ni.
Dan sekarang dorang nak semua ni berakhir. Semuanya dah pulih. Tak ada masalah warisan harta lagi.....dan mereka xnak kite jadi mcm dorang..saling terhutang budi.
Sebenarnya...mama xpaksa pun kite berkahwin. Cuma mereka xnak kite terpisah disebabkan perjanjian dulu. Dan tentang warisan harta...ya...saya memang risau awak akan bolot harta mama sebab saya xtau awak adalah anak kandung mama.
Dan saya memang menunggu anak kandung mama hadir dalam hidup saya......cuma saya xtau...orang itu adalah Nur Syafia sebab awak xda iras mama pun." ujar Edy dengan panjang lebar.

"Awak bergurau ke tue? saya xda iras mama?...." soal Sya.
"Yup! sebab awak ikut iras sebelah opah..." jawab Edy selamba sambil membaling batu kecil ke arah laut.
"Kenape awak nampak cool je pasal ni? Sya semakin ingin mengenali Edy.
Edy terdiam seketika.....memikir jawapan yang dia sendiri tidak pasti......

"Mungkin sebab takdir. saya bersyukur ada mama dan daddy...atas didikan mama dan daddy juga saya jadi insan begini. Menghargai apa yang ada dalam hidup saya.
Memang saya agak emosi bila saya tau semua ni....lebih2 lagi...tentang saya bukan anak kandung mama dan daddy.
tapi....bila saya fikir balik...kalau saya berada di tempat mak dan ayah atau mama dan daddy....mungkin saya juga akan buat bende yang sama......." jelas Edy dengan penuh yakin.

"Edy...terima kasih...TQ for what you have done for me."...Sya melemparkan senyuman buat Edy.
"Saya buat ape untuk awak?....." tanya Edy.
"Hmm.....dengar baik2 ye. Awak bangunkan saya dari tidur untuk solat subuh, awak jaga saya bila saya mengigau, awak belikan makanan untuk saya bila saya sibuk bekerja di office,
awak korbankan masa dengan awek cun semata-mata untuk jemput saya pulang dari kerja, awak paksa diri awak untuk date dengan saya,
awak yang jaga saya bila saya sakit...walau di mana juga saya berada. Even masa date batal pun...saya tau awak tak tinggalkan saya..awak lepak tempat yang sama...
sebab tue awak tau tempat duduk kesukaan saya. Dan smua sweater tue...awak yg bagi kan. Awak tau saya alah dengan dingin pantai.....
saya juga berterima kasih sangat sebab awak jaga mama dan daddy macam ibu bapa kandung awak sendiri...........dan awak menyedarkan saya tentang semua ni....
Dan......

"Dan sebab saya sayangkan awak lebih daripada seorang adik angkat....dan saya sebenarnya cintakan awak." Edy mematikan kata-kata Syafia.......

"Syafia.....saya cintakan awak tulus dari hati saya. Saya diam seribu bahasa sebab saya sendiri xpasti keadaan yang sebenarnya. sampai lah hari ni......"

"Saya benci awak." Jelas Sya.

"Tapi...kenape?? tanya Edy ingin tahu.

"Sebab awak cintakan saya jugak." jawab Sya....

"Oh...sebenarnya saya pun benci awak." Edy menambah.....

"Saya tau......sebab awak tau yg saya pun cintakan awak jugak kan..." jelas Sya.

Edy lantas mendakap erat insan kesayangannya itu............
Syafia hanya mampu menitiskan air mata yang bahagia kerana benci yang hadir dalam hidupnya sebenarnya adalah cinta.
Dan Edy adalah insan yang melengkapi kebencian dan cintanya.....menjadi satu dalam ikatan yang sah.


Originaliti:
Syaz1tea

p/s: segala error, watak atau apa2 yg difikirkan salah dlm cerita ne...
huhu. sory mory..rekaan semata-mata.